Wenger Susah Nak Lepas Ozil, Sanchez - Bola Sepak | mStar

Wenger Susah Nak Lepas Ozil, Sanchez

Diterbitkan: Sabtu, 3 Jun 2017 4:23 PM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Arsenal Arsene Wenger menegaskan bahawa Mesut Ozil dan Alexis Sanchez tidak akan diizinkan berpindah dalam jendela perpindahan musim panas ini.

Masa depan dua pemain bintang The Gunners itu masih terus menjadi tanda tanya kerana kontrak mereka di Stadium Emirates memasuki tahun terakhir.

Kontrak mereka akan berakhir pada Jun 2018 dan setakat ini belum ada tanda-tanda kontrak akan melanjutkan kontrak.

Sanchez dilaporkan diintai oleh Manchester City dan Bayern Munich, sementara Ozil juga dikatakan akan beralih arah setelah Arsenal gagal mara ke Liga Juara-Juara Liga selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris  di tempat kelima.

Wenger, yang baru sahaja melanjutkan kontrak selama dua tahun dengan Arsenal, berkata dua pemainnya itu tidak akan dijual dalam masa terdekat.

"Mereka akan bertahan di kelab ini pada musim panas ini dan semoga kami dapat melanjutkan kontrak mereka dengan segera," kata Wenger kepada beIN Sports.

Wenger juga menutup kemungkinan untuk dua pemain tersebut meninggalkan kelan kerana ia akan melemahkan pasukan sedia ada.

"Tidak. Anda tidak boleh melemahkan kelab dan pasukan ini. Memang kami ingin menambah kekuatan pasukan. Kecuali anda dapat bertemu pemain yang sama kemampuan dan jika mereka benar-benar mahu pergi."

"Apabila anda menandatangani kontrak di suatu tempat, anda komited untuk memberikan yang terbaik sehingga hari terakhir kontrak tamat. Saya akan berkata 'kenapa tidak untuk mereka memberikan yang terbaik?'.

"Minat mana-mana pemain adalah sentiasa mahu bermain bola sepak lebih-lebih lagi pada akhir kontrak. Jika anda seorang pemenang, anda mahu menang permainan yang melibatkan anda."

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Ozil , Sanchez
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan