5 Perkara Penting Perlu Tahu Tentang Final Liga Juara-Juara

Diterbitkan: Sabtu, 3 Jun 2017 8:54 PM

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid mengatasi Juventus di Cardiff dengan perlawanan yang cukup sengit oleh kedua-dua pasukan, tetapi apakah yang boleh peminat jangkakan di Cardiff nanti, dan apa pula jenis permainan yang akan kita lihat?

Berikut lima perkara penting yang disenaraikan oleh portal sukan, Eurosport tentang apa yang perlu diberi perhatian dalam final nanti.

1. Kejutan Christiano Ronaldo


Biarpun Ronaldo tidak mendedahkan kepada pihak media, namun dia pernah menjelaskan mengapa final musim ini akan berikan kelainan.

"Saya pernah bermain dalam tujuh atau lapan perlawanan yang kurang daripada musim lalu dan terbukti kami berjaya menguruskan keadaan dengan baik pada akhirnya," kata Ronaldo selepas Madrid memenangi La Liga.

2. Keseronokan dan kejutan


Pertembungan antara kelab Itali dan Sepanyol dalam final nanti membuatkan ramai peminat membuat andaian yang stereotaip, tapi pemain Zinedine Zidane mendesak peminat mengabaikan tafsiran yang ketinggalan zaman terhadap pasukan Juventus.

"Permainan akan menjadi terbuka bagi kedua-dua pasukan. Saya mengharapkan semua pemain melakukan yang terbaik," katanya.

3.  Perlawanan akhir Buffon?

"Peminat sukakan kisah dongeng." Ramai yang berpandangan bahawa perlawanan tersebut merupakan peluang terakhir Gianluigi Buffon, 39 untuk melengkapkan koleksi medal kejuaraannya.

4. Target sama, dua motivasi berbeza

Kapten Madrid, Sergio Ramos menyifatkan final itu sebagai "janji temu dengan sejarah". Untuk rekod, Juventus tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara sejak 1996, manakala Madrid cuma meraih tempat ketiga dalam empat musim dan berada di kedudukan ke-12 secara keseluruhannya.

Satu pasukan cuba membaiki kegagalan legasi, satu pasukan lagi ingin menebus kesilapan lalu.

5. Kekuasaan pasukan atau individu?

Kritikan berterusan ke atas Real Madrid menyatakan bahawa kejayaan mereka telah dibina di atas kecemerlangan bakat individu dalam pasukan itu.

Manakala, Juventus pula tidak kurang hebatnya. Bintang pasukan itu, Dani Alves berkata: "Saya seorang pelatih yang kekal. Saya mahu belajar termasuklah melalui pengalaman mereka."

"Itulah kekuatan kita sebagai satu kumpulan: kami menghimpunkan semua pengalaman yang dimiliki, bergabung, dan lakukan yang terbaik untuk membawa pulang piala kemenangan," katanya pada Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Liga Juara-Juara , Real Madrid , Juventus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan