5 Pilihan Pengganti Griezmann

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 4:34 PM

(Ubah saiz teks)

BERITA tentang sekatan pembelian pemain ke atas Atletico Madrid ternyata menggusarkan hati penyokong Manchester United yang sudah membayangkan kelab Sepanyol itu, Antoine Griezmann memakai jersi Red Devils pada musim depan.

Malah kenyataan terbaharu pemain berusia 25 tahun itu dalam Twitter pada Khamis seolah-olah memberi bayangan bahawa dia akan kekal bersama Altetico dan tidak akan berhijrah ke Old Trafford.

Mungkin Jose Mourinho juga tidak mengharapkan perpindahan mega itu, sebaliknya perlu memikirkan jalan alternatif untuk mencari pemain yang boleh memegang peranan nombor 9 pada musim depan.

Walaupun memiliki penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovic tetapi masa depan pemain Sweden itu untuk terus bersama United juga masih samar, tambahan lagi kini dihimpit kecederaan.

Berikut adalah senarai pengganti sekiranya United gagal mendapatkan tandatangan Griezmann pada jendela perpindahan ini:

1. Romelu Lukaku

Selepas sekian lama dianggap sebagai pemain muda terbaik dunia, Lukaku akhirnya membuktikan ramalan tersebut apabila tampil dengan aksi konsisten sepanjang musim inisehingga menjadi penyerang yang digeruni.

Bintang Belgium ini telah menjaringkan 25 gol buat Everton dan prestasinya itu menarik minat United, Chelsea dan beberapa kelab besar Eropah.

Dengan usianya yang baru mencecah 24 tahun, Lukaku dianggap pemain yang ideal buah Mourinho, sekali gus membawa kualiti legenda Chelsea, Didier Drogba.

Namun harganya agak keterlaluan selepas dianggarkan bernilai £100 juta.


2.  Harry Kane

Musim yang amat cemerlang buat penyerang muda England ini apabila merangkul kasut emas buat dua musim berturut-turut dengan 29 gol daripada 30 perlawanan.

Kane hampir menyertai United pada musim lalu tetapi beberapa syarat gagal dipenuhi oleh Red Devils menyebabkan dia kekal bersama Tottenham Hotspur.

Malah pastinya Spurs mahu mengekalkan penyerang tersebut selepas musim cemerlang kelab itu dalam kancah Liga Perdana Inggeris dengan menduduki tempat kedua dan layak ke saingan Liga Juara-Juara.


3. Alvaro Morata

Sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea tetapi United juga menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain berbakat Sepanyol ini.

Masa depannya bersama Real Madrid dikatakan samar kerana perlu bersaing dengan pemain bintang lain walaupun dia menjaringkan 20 gol sepanjang musim ini.


4. Andrea Belotti

Antara pemain muda berbakat Eropah yang mula menyinar dan menarik perhatian banyak kelab besar.

Belotti menjaringkan 26 gol dalam 35 perlawanan buat Torino pada musim ini, sekali gus bakatnya dihidu oleh United yang mahu mendapatkan khidmatnya di Old Trafford.

Penyerang berusia 23 tahun itu dilihat mampu menyesuaikan diri di liga Inggeris dengan kekuatan fizikal yang dimilikinya tetapi harganya yang bernilai £86 juta membuatkan United berfikir dua kali.


5. Alexandre Lacazette

Penyerang yang dikaitkan dengan Liverpool dan Arsenal sejak kebelakangan ini kerana bakatnya di liga Perancis tidak boleh dipertikaikan lagi.

Mungkin sudah tiba masanya buat United menyasarkan bintang Lyon ini memandangkan rekod cemerlang menjaringkan 37 gol dalam 45 perlawanan pada musim ini.

Tags / Kata Kunci: Antoine Griezmann

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan