FAM Arah Kafa Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain, Jurulatih

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan agar Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) menyelesaikan isu tunggakan gaji tiga pemain dan ketua jurulatih Kelantan dalam tempoh 14 hari keputusan itu dibuat.

FAM mengeluarkan arahan itu melalui keputusan penuh Jawatankuasa Status FAM  pada petang Jumaat.

Kafa diarahkan untuk membayar kepada tiga pemain iaitu Mohd Khairul Izuan Rosli,  Mohammad Faizal Abu Bakar dan Tuan Muhamad Faim Tuan Zainal Abidin dengan jumlah tunggakan masing-masing bernilai RM77,486.87; RM44,000 dan RM9,000; manakala jumlah tunggakan gaji bagi ketua jurulatih Kelantan, Velizar Emilov Popov pula sebanyak AS$14,000 (RM59,946).

Dalam perkembangan lain, FAM turut mengarahkan Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) untuk membayar tuntutan  dua pemain berhubung isu penamatan kontrak sebelah pihak.

Tuntutan tersebut dikemukakan oleh Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor dan Muhammad Hafizuddin Harun.

PKNP FC dikehendaki membayar pampasan gaji kepada Mohamad Amirul Asraf sebanyak RM72,000 dan  Muhammad Hafizuddin pula sebanyak RM60,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan tersebut.

Sementara itu, FAM menetapkan tuntutan sama yang dikemukakan oleh pemain, Mohd Afiq Amsyar A. Salamat terhadap PKNP FC pula ditolak.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan