TMJ Pantau Latihan Harimau Malaya - Bola Sepak | mStar

TMJ Pantau Latihan Harimau Malaya

Diterbitkan: Khamis, 1 Jun 2017 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya dilihat semakin selesa menjalani latihan di pusat latihan tertutup Padang Seri Gelam, Johor Bahru sejak 29 Jun lalu.

Sebelum ini, skuad kebangsaan hanya menjalani latihan pusat di Wisma FAM, namun pemandangan baharu berlaku semenjak perubahan pucuk pimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak Mac lalu.

Skuad kebangsaan di bawah bimbingan jurulatih baharu Nelo Vingada telah memanggil 26 pemain ke kem latihan pusat sebagai persediaan menghadapi perlawanan sulung Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon pada 13 Jun ini.

Rakaman video oleh Johor Southern Tigers ketika sesi latihan pada Rabu, turut kelihatan Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir menyaksikan latihan tersebut.

Tunku Ismail kelihatan gembira dengan sesi latihan yang diadakan walaupun di luar stadium kelihatan hujan lebat sejak tengah hari.

Tags / Kata Kunci: TMJ , Harimau Malaysa
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan