Piala AFC 2017: JDT Tersingkir

Diterbitkan: Khamis, 1 Jun 2017 7:01 AM

Foto ihsan: Facebook Johor Southern Tigers.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat wakil tunggal negara, Johor Darul Ta''zim (JDT) untuk meneruskan saingan pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak kesampaian setelah tewas tipis 1-2 kepada wakil Filipina, Ceres-Negros FC pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Panaad, Bacolod City, Filipina, malam Rabu.

Kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat, namun Ceres-Negros FC mara ke aksi final zon ASEAN menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Untuk rekod, JDT menang tipis 3-2 ke atas pasukan sama pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 17 Mei lepas.

Ceres-Negros FC dijadual menentang Home United pada aksi final zon ASEAN yang menggunakan format timbal balik pada 1 dan 8 Ogos ini.

Home United mara ke final zon ASEAN selepas mencatat kemenangan agregat 5-4 ke atas Global FC dari Filipina dalam satu lagi aksi separuh akhir, Selasa.

Pada aksi di Filipina, pasukan tuan rumah terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi jaringan Kota Kawase pada minit ke-26 sebelum Gabriel Miguel Guerra menyamakan kedudukan untuk JDT pada minit ke-64 setelah memanfaatkan hantaran daripada rakan sepasukan.

Tuah, bagaimanapun lebih memihak kepada Ceres-Negros FC yang dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil setelah pemain mereka, Fernando Rodriguez dikasari di dalam kotak penalti pada penghujung babak perlawanan.

Rodriguez tenang menyempurnakan sepakan penalti berkenaan untuk membawa pasukan tuan rumah mara ke final zon ASEAN berdepan Home United.

Nasib malang menimpa JDT setelah penjaga gol, Farizal Marlias dilayangkan kad merah, beberapa minit kemudian kerana terlibat dengan pergaduhan dengan pemain tuan rumah.

AFC mengubah format Piala AFC bermula musim ini, dengan lapan pasukan terbaik iaitu empat pasukan zon ASEAN dan empat pasukan zon Asia Barat mara ke peringkat separuh akhir yang menggunakan format timbal balik.

Pemenang perlawanan zon ASEAN akan mara ke final berdepan juara zon Asia Barat bagi menentukan pemenang Piala AFC 2017. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JDT , Piala AFC 2017

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan