Atletico Madrid Tidak Boleh Daftar Pemain Sehingga 2018

Diterbitkan: Khamis, 1 Jun 2017 10:05 PM

Atletico Madrid tidak dibenarkan untuk mendaftar pemain sehingga 2018. - 90Min

(Ubah saiz teks)

HUKUMAN larangan pembelian pemain yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kepada Atletico Madrid dikekalkan meskipun kelab Sepanyol itu telah mengemukakan rayuan terakhir kepada Mahkamah Timbang Tara Untuk Sukan (CAS).

Ini bermakna kelab Sepanyol itu tidak boleh mendaftar mana-mana pemain baharu sehingga Januari 2018.

Atletico sebelum ini berharap rayuan itu dapat melihat dua pergantungan pembelian pemain untuk tempoh dua jendela perpindahan dikurangkan kepada satu yang mana ia telah berkuatkuasa pada Januari 2017.

Menurut laporan portal sukan 90min, musuh tradisi Atletico, Real Madrid turut berdepan isu sama dan hukuman mereka juga telah dikurangkan.

Pun begitu, Real masih boleh membawa muka-muka baharu pada Jun depan tetapi Atletico tidak dibenarkan berbuat demikian.

Atletico juga melihat penalti kewangan dikurangkan tetapi difahamkan ia turut memberikan kesan kepada keputusan pergantungan itu secara keseluruhan.

Satu kenyataan kelab itu menyifatkan hukuman tersebut sebagai 'diskriminasi'.

Kelab itu juga mempertahankan bahawa pihaknya sentiasa mengikuti peraturan dan hukuman tersebut dianggap tidak menunjukkan rasa hormat.

Pergantungan itu tidak menghalang skuad kendalian Diego Simeone menandatangani mana-mana pemain baharu tetapi Atletico tidak akan dibenarkan mendaftar mereka secara rasmi untuk kejohanan sehingga tahun depan.

Terdahulu, Barcelona mengejutkan ramai pihak apabila menandatangani Aleix Vidal dan Arda Turan pada 2015 ketika masih menjalani hukuman pergantungan. Kedua-dua pemain itu harus menunggu selama enam bulan sebelum mereka dibenarkan bermain secara rasmi.


Tags / Kata Kunci: Fifa , Atletico Madrid

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan