Thomas Tuchel Kena Pecat!

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 7:15 AM

Thomas Tuchel. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

BORUSSIA Dortmund secara rasmi memecat Thomas Tuchel, malam Selasa.

Tuchel yang bersama Dortmund pada msuim kedua dikatakan gagal memaksimumkan prestasi kelab di Bundesliga.

Kelab juga mengesahkan pemecatan Tuchel dibuat selepas terdapat dakwaan bahawa wujudnya keretakan hubungan antara Tuchel dan pemain.

Keretakan itu dikatakan sudah tidak dapat diperbaiki.

Walau Dortmund menang DFB-Pokal minggu lalu, terdapat reaksi negatif apabila Nuri Sahin tiada dalam perlawanan itu.

Kapten kelab Marcel Schmelzer dan pemain berpengaruh, Marco Reus, juga dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan jurulatih berusia 43 tahun itu.

Sementara itu, pengurusan tertinggi Dortmund sedang mempertimbangkan untuk mengambil Lucien Favre (Nice) dan Peter Stoger (Koln) sebagai jurulatih.

"Kami berterima kasih kepada Thomas Tuchel dan pasukannya atas kerjayaan Borussia Dortmund yang kemuncaknya berlaku apabila ia menjadi juara di Berlin melawan Eintracht Frankfurt Sabtu lalu.

"Untuk masa depan profesionalnya, kami berharap yang terbaik untuk Thomas Tuchel," demikian kenyataan rasmi di laman web kelab.

"Borussia Dortmund sebagai kelab tidak akan mengulas lanjut di sebalik keputusan ini, yang merupakan proses panjang yang disokong oleh semua pemimpin tertinggi kelab.

"Kami berharap semua orang tidak membuat spekulasi dan penghakiman berdasarkan khabar angin tanpa pengetahuan yang mendalam."

Tags / Kata Kunci: Borussia Dortmund , Thomas Tuchel

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan