Ronaldo, Messi, Neymar Saling Mengejar

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 7:40 AM

Cristiano Ronaldo. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo tidak hanya berpeluang menutup musim ini dengan gelaran juara Liga Juara-Juara Eropah.

Sebaliknya, dia juga berpeluang merebut gelaran penjaring terbanyak dan pemain yang paling banyak melakukan assist.

Ronaldo berkesempatan menutup musim 2016/17 bersama Real Madrid dengan begitu indah.

Dia sebelum ini telah meraih gelaran La Liga.

Pada 4 Jun ini, dia dan rakan-rakannya akan turun pada aksi final Liga Juara-Juara menentang Juventus di Stadium Millenium, Cardiff.

Jika menjadi juara, Real Madrid bakal menjadi pasukan pertama yang berjaya mempertahankan gelaran sejak format Liga Juara-Juara dimulakan pada 1992/1993.

Ia juga akan menjadi trofi Liga Juara-Juara yang ke-12 untuk Madrid,sekali gus akan menegaskan bahawa mereka adalah kelab yang menguasai kejohanan ini.

Bagi Ronaldo, jika Madrid gagal menjadi juara, dia masih berpeluang mendapat hadiah sampingan untuk diri sendiri.

Setakat ini dia sudah menjaringkan 10 gol, hanya kalah satu gol dari penyerang Barcelona Lionel Messi yang mencatatkan 11 gol.

Ronaldo masih mempunyai satu baki pertandingan dan mampu mengubah rekodnya, berlainan dengan Messi yang tidak berpeluang menyumbat gol lagi kerana Barca sudah tersingkir di suku akhir saingan.

Jika Ronaldo mampu mengatasi atau menyamai rekod Messi, ia akan mencatatkan satu lagi rekod dengan menjadi penjaring terbanyak untuk lima musim berturut-turut.

Pada 2012/2013, 2013/2014 dan 2015/2016, pemain 32 tahun itu telah menjadi penjaring terbanyak.

Manakala pada 2014/2015, Ronaldo berkongsi posisi teratas bersama Messi dan Neymar dengan 10 gol.

Namun pada musim itu Neymar diberikan penghargaan sebagai penjaring terbanyak kerana gol-gol itu dijaringkan dengan waktu bermain paling singkat.

Selain itu Ronaldo juga berpeluang menjadi pemain yang paling banyak melakukan assist. Dia setakat ini sudah melakukan enam assist, ketinggalan dua assist berbanding Neymar.

Jika ingin merebut gelaran juara, penjaring terbanyak dan paling banyak melakukan assist, Ronaldo perlu menyumbangkan dua gol dan tiga assist dalam perlawanan terakhirnya musim ini.

Setakat ini Ronaldo mengumpulkan minit bermain lebih banyak berbanding Messi dan Neymar.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Neymar , Lionel Messi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan