Wenger Setuju Sambung Kontrak - Bola Sepak | mStar

Wenger Setuju Sambung Kontrak

Diterbitkan: Selasa, 30 Mei 2017 10:57 PM

(Ubah saiz teks)

BOS Arsenal, Arsene Wenger (gambar) telah bersetuju menyambung kontrak baru selama dua tahun sekaligus menjadikan tempoh perkhidmatannya dengan kelab itu mencecah 21 tahun.

Wenger dan pemilik kelab itu, Stan Kroenke bertemu pada Isnin untuk menentukan masa depan lelaki Perancis itu.

Keputusan itu disampaikan kepada barisan pengarah pada mesyuarat lembaga pada Selasa.

Menurut laporan laman berita BBC Online, Arsenal merancang untuk membuat pengumuman rasmi pada Rabu.

The Gunners menduduki tangga ke kelima dalam Liga Perdana musim ini dan kedudukan itu merupakan kali pertama kelab tersebut terkeluar daripada carta empat teratas sejak Wenger menyertainya pada 1996.

Mereka selesai 18 mata di belakang juara iaitu  Chelsea, tetapi mengalahkan pasukan tersebut dengan mata 2-1 untuk memenangi Piala FA di Wembley, Sabtu lalu.

Kontrak Wenger sepatutnya tamat pada akhir kempen musim ini.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan