Ernesto Valverde Pengurus Baharu Barca

Diterbitkan: Selasa, 30 Mei 2017 7:14 AM

Ernesto Valverde

(Ubah saiz teks)

BARCELONA secara rasmi melantik Ernesto Valverde sebagai pengurus baharu kelab, Isnin.

Valverde yang pernah membimbing Athletic Bilbao, Espanyol, Villarreal dan Valencia itu dilantik bagi menggantikan Luis Enrique.

Valverde akan memimpin Barca, yang menamatkan saingan La Liga musim 2016/17 di tempat kedua dengan kontrak dua tahun, dan pilihan lanjutan kontrak selama setahun.

Dia secara rasmi akan memulakan tugas pada Khamis.

Susulan pelantikannya, Valverde membawa dua kakitangannya di Bilbao ke Barcelona, iaitu pembantunya selama 15 tahun, Jon Aspiazu dan jurulatih kecergasan Jose Antonio Pozanco.

Dia pernah bermain untuk Barcelona sebagai penyerang antara 1988 dan 1990 di bawah kendalian Johan Cruyff.

Valverde merupakan salah seorang daripada ramai pemain yang beralih ke dunia kejurulatihan setelah bersara sebagai pemain.

"Dia sangat gembira, dia memiliki kemampuan, pengalaman dan pengetahuan untuk tugas ini," kata Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu memetik Reuters.

"Dia mencintai bola sepak sejak muda, dia memiliki cara kerja yang tepat untuk melatih kelab ini dan tahu bagaimana kelab bekerja. Dia memiliki tahap kerjaya yang tinggi, dia sangat sukakan bola sepak dan tertarik untuk bekerja dengan teknologi terbaru."

Valverde, 53, memulai karier kejurulatihannya dengan pasukan pelapis Bilbao dan menjadi jurulatih paling lama untuk kelab itu.

Dia telah terlibat dengan 308 pertandingan selama enam tahun.

Selain membawa Bilbao mara ke saingan Eropah untuk lima dari enam tahun dia bersama kelab, dia juga mengakhiri penantian kelab selama 31 tahun untuk meraih trofi dengan memenangi Piala Super Sepanyol 2015, menang dengan agregat 5-1 mengalahkan Barcelona.

Valverde juga melatih dan bermain untuk berdepan Barca, Espanyol, hingga mencapai final Piala UEFA 2007 walaupun kalah kepada Sevilla melalui penentuan penalti.

Bartomeu turut mengucapkan terima kasih kepada Luis Enrique, yang bersama Barca selama tiga tahun dan membawa kelab menjulang Piala Raja Sepanyol dengan mengalahkan Alaves 3-1 pada tahun ketiga berturut-turut, Sabtu lalu, trofi kesembilannya di bawah kelab itu.

"Kami ingin berterima kasih kepada Luis Enrique atas tugasnya, dia begitu hebat dalam masa tiga tahun ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ernesto Valverde , Athletic Bilbao , Barca

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan