Kedah Perlu Bersedia Awal - Azraai Khor

Diterbitkan: Selasa, 30 Mei 2017 4:11 PM

Ketua pasukan Kedah Khairul Helmi Johari menjulang Piala FA 2017 selepas menewaskan pasukan Pahang dengan jaringan 3-2 di Stadium Shah Alam pada 20 Mei 2017.- BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KEJAYAAN Kedah layak automatik ke Piala AFC 2018 selepas muncul Juara Piala FA 2017 diharapkan mampu hadir sebagai pencabar pada pertandingan bola sepak kelab kedua berprestij di Asia.

Selepas kali terakhir melakukannya pada 2008 dan 2009 sehingga mara ke peringkat suku akhir serta pusingan kedua, cabaran kali ini dilihat lebih sukar, sengit dan lebih meriah.

Bekas Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, beliau bangga dengan pencapaian semasa pasukan tersebut yang dipimpin Mohd Nidzam Adzha Yusof berjaya membawa pulang Piala FA ke Alor Setar selepas kali terakhir melakukannya sembilan tahun lalu.

Menurutnya, falsafah memberi tumpuan pada pembangunan akar umbi yang pernah digunakan pada zaman Hijau Kuning muncul juara berganda 2007 dan 2008 serta kembali dipakai sejak beberapa tahun lalu kini membuahkan hasil.

"Kedah layak ke Piala AFC 2018 maka bertambahlah beban dan tugas yang perlu dilakukan oleh pengurusan, jurulatih dan pemain pada musim hadapan di mana pada waktu yang sama perlu merancang perjalanan Liga Malaysia (Liga-M).

"Perancangan dari segi kewangan seperti penaja dan pembentukan skuad 2018 yang boleh bersaing di peringkat AFC sudah boleh dimulakan sekarang seperti menyenarai pemain-pemain yang difikirkan perlu untuk memperkukuhkan pasukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bagaimanapun, Mohd Azraai berkata, buat masa sekarang pemain-pemain tempatan yang dimiliki Kedah sudahpun dibarisi ramai anak jati yang muda, berkualiti serta berbakat.

Menurutnya, dari sudut pemain import pula, pasukan perlu meneliti dan memperhalusi dalam pemilihan nanti supaya kehadiran mereka mampu membantu pasukan untuk memberikan impak positif.

"Pengalaman pada Piala AFC 2008 agak berjaya sebab kita mampu sampai ke peringkat suku akhir tetapi di peringkat ini, kita bermain tanpa tenaga import iaitu Marlon Alex James, Nelson Sam martins dan Cornelius Bernard Hunggins ekoran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tidak lagi mengguna tenaga import dalam liga kita.

"Pada tahun seterusnya, kita lalui juga Piala AFC tanpa tenaga import. Walaupun pahit untuk ditelan namun kita berjaya mara ke pusingan kedua," katanya.

Tegasnya, persiapan awal perlu dilakukannya dan beliau percaya pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tahu apa yang perlu dilakukan selain belajar dari pengalaman yang lalu.

"Ambil contoh JDT, lihat bagaimana mereka berjaya rancang perjalanan mereka menghadapi Piala AFC selain menghadapi kesibukan jadual Liga- M. Jika mereka boleh lakukan mengapa tidak Kedah," katanya.

Menurut Mohd Azraai, mempunyai sembilan pemain yang beraksi bersama skuad utama dan bawah 23 tahun kebangsaan setakat ini membayangkan kekuatan semasa pasukan Kedah berada pada tahap baik namun jurulatih tidak boleh cepat berpuas hati.

"Kita sudahpun mempunyai acuan tersendiri dengan projek pelapis maka teruskan malah jurulatih utama boleh meninjau pasukan Belia Kedah dan Presiden Kedah kerana mereka juga kini sedang mempamerkan aksi konsisten apabila berada di tangga pertama dan dua kumpulan.

"Setiap tahun, pasukan utama perlukan tenaga baharu dan tidak rugi jika pendedahan awal selalu diberikan kepada pelapis-pelapis ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Azraai Khor , Kedah , AFC

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan