Pique Sambung Pengajian, Berhasrat Jadi Presiden

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 11:05 AM

(Ubah saiz teks)

KEHEBATAN pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique memang tidak dapat diragukan lagi apabila dia beraksi di padang.

Namun di sebalik kehebatan sebagai pemain bola sepak, bekas pemain Manchester United itu sebenarnya memendam hasrat yang lebih besar apabila bersara daripada dunia bola sepak.

Dalam wawancara bersama akhbar El Mundo Deportivo, Pique mengakui dia memendam hasrat untuk menjadi presiden kelab Barcemola pada satu hari nanti.

Malah bagi membuktikan impiannya itu boleh dicapai, Pique sudah bersedia melanjutkan pengajian Universiti Harvard dalam Sarjana Perniagaan, Media, Sukan dan Hiburan.

Pemain berusia 30 tahun itu juga tidak kisah sekiranya terlepas aksi aksi Liga Juara-Juara antara Real madrid dan Juventus pada hujung minggu ini bagi membuktikan dirinya sebagai anti-Madrid.

"Saya tidak tahu sama ada akan menonton perlawanan itu.

"Saya sudah mula menyambung pengajian di Harvard pada waktu itu," katanya.

Ditanya sama ada dia mempunya perancangan bergelar Presiden Barcelona apabila bersara, Pique ternyata tidak menyembunyikan hasratnya.

"Sejak beberapa tahun lalu, beberapa presiden yang mengemudi kelab ini mengakhiri kepimpinan mereka dengan kegagalan, jadi saya ada memikirkan tentang itu," katanya.

Sebagai contoh, bekas Presiden Barcelona, Sandro Rossel dipenjara tanpa ikat jamin kerana didakwa terlibat dalam kes penggubahan wang haram.

Pique bagaimanapun enggan mengulas tentang kes Rosell.




Tags / Kata Kunci: Gerard Pique , Barcelona

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan