Imad Zatara Bakal Perkuat Pulau Pinang

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 12:31 PM

(Ubah saiz teks)

TERDESAK untuk bangkit di baki sembilan perlawanan Liga Super, Pulau Pinang menekan butang panik apabila dijangka membawa masuk tiga import baharu di jendela kedua pintu perpindahan pemain.

Setelah bekas penyerang Gambia, Sanna Nyassi, Pulau Pinang kini hanya menunggu masa detik terbaik membawa masuk penyerang antarabangsa Palestin, Imad Zatara.

Malah, skuad Harimau Kumbang berada dalam situasi hampir pasti menggugurkan pertahanan Brazil, Reinaldo Lobo kerana mendapat kecederaan di tulang peha yang memerlukan rawatan pemulihan selama tiga bulan.

Menurut sumber rapat dengan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), proses rundingan dengan Imad telah memasuki fasa terakhir dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

"Penyerang berusia 32 tahun itu memang memikat hati jurulatih,Zainal Abidin Hassan, kerana corak permainannya sesuai dgn sistem diterapkan pasukan.

"Imad seorang pemain yang gemar bermain secara penguasaan bola dan itu falsafah yang digemari kebanyakan pemain Pulau Pinang.

"Ditambah pengalaman beraksi di Sweden, Imad punyai banyak kelebihan yang dijangka boleh bantu pasukan.

" Itu juga jadi punca pemain sebelum ini,Sanna Nyassi bersama Pulau Pinang kerana dia ada karekter selaku pemain nombor 9,sama seperti Imad," kata sumber berkenaan.

Dengan adanya Imad dan Sanna, Pulau Pinang akan ada tiga awang import di jentera serangan dalam pasukan termasuk pemain dari Papua New Guinea, Nigel Dabinyaba.

Berhubung keadaan Lobo, pemain yang baru sahaja selesai jalani pembedahan minggu lalu itu akan dilepaskan.

Walaupun Lobo merupakan pemain yang begitu disayangi majoriti penyokong Pulau Pinang selepas beraksi selama tiga musim, FAP tiada pilihan lain memandangkan tempoh pulih kecederaan memakan masa yang lama.

"Akan ada satu mesyuarat bakal diadakan dengan pengurusan termasuk jurulatih, jika nasihat daripada doktor mengatakan dia ambil masa lama untuk pulih maka FAP akan cari import lain.

"Pasukan tidak boleh menunggu Lobo sehingga pulih kerana hanya ada sembilan perlawanan sahaja lagi perlu diharungi, " kata sumber berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Imad Zatara

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan