Paul Pogba Pergi Umrah? - Bola Sepak | mStar

Paul Pogba Pergi Umrah?

Diterbitkan: Ahad, 28 Mei 2017 8:14 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Manchester United Paul Pogba dikatakan sedang mengerjakan umrah sempena kedatangan Ramadan.

Perkara ini diketahui melalui dua gambar yang tular di seluruh dunia, menunjukkan seorang lelaki sedang mengerjakan umrah, mirip wajah Pogba.

“Paul Pogba di Makkah hari ini, melakukan umrah,” tulis seorang pengguna akaun Twitter @AkhiNextDoor.

Bersama tweet itu adalah dua gambar yang dikatakan Pogba sedang memakai ihram.

Jika benar itu dirinya, ini bermakna Pogba yang sebelum ini memiliki rambut warna emas tetapi telah menghitamkan semula rambutnya.

Sebelum gambar ini tersebar, Pogba telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram peribadinya.

Dalam video tersebut, dia memegang sebuah bagasi putih bersama beg sandang untuk pergi ke suatu tempat yang tidak dinyatakan.

"Dalam perjalanan bagi mengucapkan terima kasih untuk tahun ini. Jumpa lagi Manchester," tulisnya pada gambar tersebut.

Setakat ini pemain ini belum mengesahkan perkara ini.

Bagaimanapun beberapa peminatnya telah memberikan komen di video Pogba.

“Selamat datang ke Makkah,” tulis seseorang dengan akaun Instagram @lijzv.

“Selamat datang ke Arab Saudi,” tulis pemilik akaun Instagram @saleh4g.

“Semoga Allah menerima doa dan umrahmu,” @musaadalmurays pula menulis.

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba , umrah , Makkah
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan