Costa Beri Kata Dua

Diterbitkan: Ahad, 28 Mei 2017 2:24 PM

COSTA menjaringkan satu gol ketika tewas kepada Arsenal pada perlawanan akhir Piala FA, Ahad. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

KEKALAHAN 1-2 kepada Arsenal pada perlawanan akhir Piala FA pada awal pagi Ahad, ternyata memberi kesan kepada juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea untuk mengekalkan penyerang berbisanya, Diego Costa.

Penyerang kelahiran Sepanyol itu memberi kata dua kepada Chelsea sama ada menjualnya ke Atletico Madrid atau membenarkannya kekal di Stamford Bridge jika permintaannya itu tidak dipenuhi.

Pemain berusia 28 tahun itu menjadi buruan kelab China, Tianjin Quanjian yang sanggup mengeluarkan belanja sebanyak 90 juta pound Sterling (RM491 juta) pada awal musim ini tetapi Chelsea enggan melepaskannya.

Kelab Liga Super China itu masih menaruh harapan untuk mendapat Costa tetapi penyerang itu enggan berhijrah ke China.

Sebaliknya, Costa hanya mahu kembali ke Sepanyol bersama kelab lamanya.

"Saya tahu Chelsea mahu menjual pemain dan saya memberitahu mereka bahawa kontrak masih berbaki dua tahun dan tidak mahu ke mana-mana.

"Saya hanya akan berhijrah ke sebuah kelab di Eropah (Atletico Madrid) dan selain itu, saya akan kekal dengan kontrak yang sedia ada," katanya.

Ditanya tentang tawaran lumayan kelab China itu, Costa berkata, ia bukanlah faktor yang penting untuk dinilai.

"Wang adalah bagus tetapi saya bersyukur dengan apa yang dimiliki ketika ini dan saya mempunyai satu lagi misi iaitu bermain pada Piala Dunia," katanya. - Metro.uk

Tags / Kata Kunci: Diego Costa , Chelsea

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan