Barca Juara 29 Kali!

Diterbitkan: Ahad, 28 Mei 2017 7:22 AM

Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar bergambar dengan trofi serta anak masing-masing selepas berakhirnya perlawanan final Copa del Rey antara Barcelona dan Alaves. Barca menang 3-1. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

BARCELONA mempertahankan gelaran juara Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) pada musim 2016/17 selepas menang 3-1 ke atas Deportivo Alaves dalam aksi final di Stadium Vicente Calderon, Madrid, awal pagi Ahad.

Barca menang menerusi gol sumbangan gol Lionel Messi (30'), Neymar (45') dan Paco Alcacer (45+3'). Gol tunggal Alaves diperolehi melalui Theo Hernandez (33').

Mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan kualiti pemain, Barcelona tampil dominan sejak awal permainan. Mereka menguasai 73 peratus bola.

Gelaran ini adalah yang ke-29 buat Barcelona dalam saingan Copa del Rey. Mereka mencatat hatrik selepas meraih gelaran juara tiga kali berturut-turut.

Kemenangan dalam saingan domestik ini juga sedikit-sebanyak menghiburkan Messi dan rakan-rakan setelah gagal meraih trofi dalam La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah.

Berikut adalah rekod kemenangan Copa del Rey sejak 1903.

29 - Barcelona

23 - Athletic Bilbao

19 - Real Madrid

10 - Atletico Madrid

7 - Valencia CF

6 - Real Zaragoza

5 - Sevilla

4 - Espanyol, Real Unión de Irún

2 - Real Betis, Deportivo La Coruna, Real Sociedad

1 - Arenas de Guecho, Mallorca, Vizcaya de Bilbao

Tags / Kata Kunci: Copa del Rey , Barca

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan