Misteri Wanita Bergaun Pengantin Di Sesi Latihan AS Roma

Diterbitkan: Ahad, 28 Mei 2017 7:46 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN AS Roma menerima kejutan apabila seorang wanita bergaun pengantin muncul ketika mereka sedang berlatih di gimnasium pagi Jumaat.

Wanita berkenaan, Zhou Rongrong hadir di Trigoria bersama delegasi penyokong yang telah diterbangkan dari China untuk menyaksikan sesi latihan pasukan AS Roma.

Dia bagaimanapun senyap-senyap menyelinap ke tandas dan kemudian muncul memakai gaun perkahwinan.

Dia memegang bingkai gambar yang tertulis: "Saya pernah mahu berkahwin dengan Totti ketika saya berusia 12 tahun.

"Saya datang dari Chongqing di China dan saya mula mengikuti Totti dan Roma dari umur 12 tahun," Zhou memberitahu asroma.com.

"Seseorang pernah berkata kepada saya, setiap ibu di Rom mahu anak perempuan mereka berkahwin dengan Totti. Jadi saya mahu melakukan perkara yang sama dan hari ini saya datang ke sini untuk menyatakan cinta saya untuk Francesco!"

Apabila pemain AS Roma melihat dia menyaksikan mereka berlatih dengan memakai gaun pengantin dari luar, mereka mula bersorak dan pengurus AS Roma Luciano Spalletti segera menjemputnya masuk ke gimnasium untuk bertemu pemain.

Ketika itu seluruh pemain terkejut, termasuklah Radja Nainggolan yang kelihatan bingung tetapi tersenyum-senyum dengan apa yang berlaku.

Tags / Kata Kunci: AS Roma , Totti

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan