Gandingan Pogba Telah Dikenalpasti

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

BOS Manchester United, Jose Mourinho enggan membuang masa untuk memperkuatkan pasukannya sebagai persediaan kempen Liga Juara-Juara pada musim depan selepas mengenalpasti pemain tengah yang diharapkan.

Ketika ini, jurulatih kelahiran Portugal itu menyenaraikan dua penyerang, seorang pemain tengah dan seorang pemain pertahanan untuk dibeli pada jendela perpindahan.

Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann antara nama pemain tengah yang disebut-sebut berhijrah ke Old Trafford tetapi Mourinho mempunyai perancangan lain untuk mencari pengganti seandainya pemain Perancis itu enggan berpindah.

Laporan portal Metro.uk menyebut, Mourinho menyasarkan bintang PSG, Blaise Matuidi untuk digandingkan dengan pemain termahal dunia, Paul Pogba pada musim depan.

Malah gandingan mereka berdua dalam skuad Perancis memberi keyakinan kepada Mourinho bahawa bahagian tengah United mampu diperkuatkan pada musim depan.

Matuidi yang diminat Mourinho sejak dia membimbing Chelsea, hanya berbaki kontrak selama setahun dan boleh dibeli dengan harga yang murah.

Pemain berusia 30 tahun itu tampil dalam 34 perlawanan bersama PSG pada musim lalu dengan menjaringkan empat gol dan memiliki kemahiran hantaran kemas yang sangat baik.

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba , Blaise Matuidi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan