'Kualiti Bukan Kuantiti'

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 7:35 AM

Antoine Griezmann.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United mensasarkan untuk membawa masuk tiga atau empat pemain berkualiti menjelang jendela perpindahan pemain dibuka semula pada Jun ini memandangkan Jose Mourinho mahu memenangi lebih banyak trofi pada musim baru.

Pengurus kelahiran Portugal itu mempamerkan prestasi baik pada musim pertamanya di Old Trafford dengan memenangi Piala Perisai Komuniti, Piala Liga Inggeris (EFL) dan terbaharu trofi Liga Europa.

Kemenangan 2-0 ke atas Ajax membolehkan United beraksi semula di pentas Liga Juara-Juara.

United menduduki tangga keenam pada aksi Liga Perdana Inggeris musim ini, ketinggalan 24 mata daripada juara, Chelsea dan situasi itu amat membimbangkan Mourinho.

Pelan perpindahan pemain sudah lama dirangka kerana Mourinho mahu membentuk sebuah pasukan yang mantap.

Menurut Press Association Sport, Mourinho mahu membawa masuk tiga atau empat pemain berkualiti.

Mourinho dikatakan lebih mementingkan kualiti yang ada pada pemain sasarannya berbanding kualiti yang ditekankan pengurus United sebelum ini, Louis van Gaal.

Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann antara pemain yang menjadi sasaran utama United dengan pemain kebangsaan Perancis itu mengakui peluangnya untuk menyertai United kini 6/10.

Penyerang sensasi itu mempunyai klausa pelepasan bernilai 100 juta euro dalam kontraknya.

Selain itu, pemain Burnley Michael Keane dan pemain tengah Chelsea, Nemanja Matic turut dalam radar Mourinho.

"Ejen tidak ada nombor telefon bimbit saya. Ia tidak penting sama ada Liga Juara-Juara atau tidak, Ed Woodward (nain pengerusi eksekutif United) telah menganalisis sasaran saya.

"Dia ada apa yang saya mahukan dan tahu apa yang saya suka sejak lebih dua bulan lalu.

"Jadi sekarang ia untuknya, untuk pemilik, untuk orang yang bekerja dengannya dan saya hanya menunggu tetapi saya enggan ambil peduli mengenai bola sepak sekarang," kata Mourinho.

United dijangka berbelanja luar biasa pada musim panas ini.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan