Ronaldo Sudah Ada Kekasih

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo akhirnya mendedahkan hubungan cintanya dengan Georgina Rodriguez secara rasmi di laman Instagram.

Setelah menjalin hubungan hampir setahun, Ronaldo memuatnaik gambar sedang berpelukan bersama gadis pilihannya itu, awal pagi Jumaat dengan kapsyen simbol cinta.

Berdasarkan tinjauan di Instagram, gambar itu mendapat lebih 3 juta likes di kalangan peminatnya.

Ronaldo dilaporkan bertemu dengan gadis berusia 22 tahun itu di butik Gucci yang terletak di tengah Madrid pada Jun lalu ketika sedang membeli-belah pakaian musim panas.

Sejak dari itu hubungan mereka mulai rapat.


Malah, Rodriguez turut menghadiri majlis Anugerah Bola Sepak FIFA ketika Ronaldo diumum sebagai pemenang Ballon d'Or buat kali keempat pada Disember lalu.

Pada majlis itu, Rodriquez memakai gaun berwarna hitam dan dilihat bergambar bersama-sama dengan Ronaldo dan anaknya.

Bukan itu sahaja, hubungan cintanya dengan Ronaldo turut membawa tuah kepada gadis itu apabila dia turut dipancing syarikat model terkenal selepas berhenti kerja sebagai pembantu butik.

Awal minggu ini, Rodriquez turut memuatnaik gambar mereka bersama sedang berpelukan di belakang pentas semasa menghadiri konsert penyanyi Colombia, J Balvin.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan