Arsenal Tidak Beri Laluan Mudah - Luiz

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 4:11 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Chelsea David Luiz menegaskan pasukan itu perlu mempamerkan prestasi tahap tertinggi untuk menundukkan Arsenal pada aksi final Piala FA di Wembley, Sabtu ini.

Di atas kertas Chelsea yang baharu sahaja dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris dilihat mempunyai kelebihan menjulang trofi itu berbanding Arsenal.

"Kami perlu fokus dan berlatih bersungguh-sungguh setiap hari untuk berada pada tahap terbaik di final.

"Saya fikir apabila anda bermain untuk kelab besar... anda tahu kami bermain menentang sebuah pasukan yang hebat, pemain handal dalam keadaan terbaik.

"Mereka mempunyai pemain hebat dan jurulatih yang disegani, jadi kita perlu berada di tahap terbaik untuk memenangi aksi final ini," kata Luiz.

Malah, seorang lagi pemain pertahanan Chelsea, Kurt Zouma turut menyifatkan Arsenal sudah tentu akan memberi saingan sengit kepada Chelsea.

"Kami menang liga dan kami gembira mengenainya tetapi kita ada satu lagi perlawanan sukar yang perlu diharungi. Jika kami memenanginya, ia baik untuk kami.

"Kami kini lebih fokus kerana tahu laluan pasti sukar. Kami tahu hanya ada satu lagi perlawanan, satu final dan ia pasti sukar," kata Zouma.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Arsenal , Piala FA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan