Kami Jauh Lebih Kuat - Mourinho

Diterbitkan: Khamis, 25 Mei 2017 7:50 AM

Jose Mourinho menjulang trofi Liga Europa yang dimenangi Manchester United musim ini. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho menutup musim 2016/17 dengan memenangi Liga Europa sekali gus menjadi gelaran ketiga Manchester United selepas menang Piala Liga Inggeris dan Piala Perisai Komuniti.

United menewaskan Ajax Amsterdam dengan jaringan 2-0, menerusi Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan.

Mourinho berharap kemenangan ini sedikit-sebanyak mampu mengubat kesedihan terhadap kejadian serangan di Manchester, malam Isnin.

"Ingatan saya sentiasa bersama mangsa korban tragedi di Manchester dan keluarga. Tragedi ini ada di fikiran saya. Mungkin kemenangan ini akan membawa kegembiraan buat Manchester," kata Jose Mourinho, memetik laman rasmi United, Khamis.

Jurulatih dari Portugal itu juga mengaku sangat puas hati dengan persembahan skuad bimbingannya secara keseluruhan yang mampu mengendalikan pertandingan.

Malah, Mourinho tidak teragak-agak menyatakan bahawa United lebih kuat berbanding Ajax.

"Pasukan ini hebat dari minit pertama sampai minit terakhir. Ini adalah usaha gigih pasukan yang luar biasa, ada penampilan individu yang sangat bagus dan kami mengawal permainan.

"Kami sentiasa yakin mampu menang Liga Europa dan kami gembira. Kami bermain dengan cergas, kami melakukannya dengan cara yang betul. Kami jauh lebih kuat berbanding mereka," katanya.

Kemenangan ini juga secara automatik membawa United menempatkan diri di Liga Juara-Juara musim depan.

"Kami berada di Liga Juara-Juara dengan cara yang betul, bagi saya cara yang betul adalah dengan menang Liga Perdana atau Liga Europa. Kami tidak cukup kuat menang Liga Perdana, tapi kami kuat untuk menang Liga Europa," katanya.

"Sekarang kelab mempunyai semua piala di dunia bola sepak. Kami berjuang untuk mendapatkannya sejak awal. Kami benar-benar layak meraih kemenangan," kata Mourinho.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Liga Europa

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan