Griezman Tidak Akan Ke Old Trafford - Presiden Atletico

Diterbitkan: Khamis, 25 Mei 2017 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Atletico Madrid, Enrique Cerezo tidak merasakan Antoine Griezmann akan meninggalkan kelab itu dan menyertai Manchester United berikutan beberapa sebab penting.

Griezman yang mempunyai kontrak sehingga 2021 telah dikaitkan bakal berhijrah ke Old Trafford pada jendela perpindahan ini.

Spekulasi itu semakin menjadi tumpuan apabila United berjaya layak ke Juara Liga-Liga selepas menjuarai Liga Europa awal pagi ini.

Bagaimanapun, Cerezo yang menjadi presiden sejak 2002 mengakui tiada urusan rasmi berhubung pemindahan Griezman dilakukan United setakat ini.

"Komen Griezman baru-baru ini (akan berhijrah ke United) tidak mengejutkan saya. Dia telah ditanya soalan sama sebelum ini, malah sejak dia bersama kami.

"Saya rasa menjengkelkan apabila ada soalan sebegitu kepadanya kerana semua pihak tahu dia masih mempunyai kontrak bersama Atletico ketika ini.

"Dia juga tidak pernah memberitahu saya untuk berhijrah, malah tiada juga permintaan rasmi oleh United mengenai perkara ini.

"Buat masa ini juga tiada kelab yang ingin menebus kontraknya. Saya tidak rasa meraka sedia untuk £90 juta," katanya.

Tags / Kata Kunci: Atletico Madrid , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan