Vingada Panggil Tiga Pemain Bersara

Diterbitkan: Rabu, 24 Mei 2017 7:27 PM

Safiw kembali menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Safiq Rahim, Mohamad Aildil Zafuan Abd Radzak dan S Kunanlan kembali ke kem latihan pusat Harimau Malaya.

Ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, Nelo Vingada memanggil 26 pemain ke kem latihan pusat di Johor Bahru, Johor bermula 29 Mei ini sebagai persediaan menghadapi perlawanan sulung Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada 13 Jun ini.

Turut tersenarai dalam barisan pemain yang dipanggil itu adalah bekas pemain kebangsaan yang bersara sebelum ini iaitu pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim bersama dua lagi rakannya sepasukannya di bahagian pertahanan,  Aildil Zafuan serta S.Kunanlan.

Ketiga-tiga pemain tersebut membuat keputusan bersara dari skuad kebangsaan pada Julai tahun lalu ketika pasukan di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

Sementara itu, Vingada pengendali berusia 64 tahun dari Portugal akan dibantu dibantu oleh bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, 49, dan Joao Arnaldo Correia De Carvalho, 59, dari Portugal serta jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz, 41 dan jurulatih kecergasan, Francisco Jose Bruto Da Costa, 36, dari India.

Nelo Vingada

Menurut kenyatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seramai 13 pemain daripada skuad 22 pemain kendalian Kim Swee ke Manila bagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Filipina yang berkesudahan seri 0-0 pada 22 Mac lalu telah dikekalkan oleh Vingada untuk kem latihan pusat kali ini.

Sementara baki 13 lagi pemain merupakan sama ada muka baharu atau mereka yang dipanggil semula yang terdiri daripada sepuluh pemain (termasuk Safiq, Kunanlan dan Aidil) Mahalli Jasuli, S Chanthuru, Azammuddin Akil, Amirulhadi Zainal, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Fazly Mazlan, dan penjaga gol Izham Tarmizi Roslan serta tiga pemain Pahang iaitu Nor Azam Abdul Azih, Ahmad Syamim Yahya dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Bagi kem latihan pusat kali ini, seramai 15 pemain akan melapor diri pada Isnin ini (29 Mei) manakala 11 pemain JDT perlu melapor diri pada Jumaat (2 Jun) selepas mereka selesai tugasan Piala AFC 2017 bertemu Ceres di Filipina pada 31 Mei.

SENARAI PEMAIN:

Baddrol Bakhtiar (Kedah), Mohd Rizal Mohd Ghazali (Kedah), Mohd Syazwan Zainon (Kedah), Khairul Helmi Johari (Kedah), Muhammad Akram Mahinan (Kedah), Matthew Davies (Pahang), Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Pahang), Shahrul Mohd Saad (Perak), Muhammad Shahrom Abdul Kalam (Perak), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Mohd Safee Mohd Sali (PKNS FC), Mohd Amri Yahyah (Selangor), Mohd Khairulazhan Mohd Khalid (Selangor), Ahmad Hazwan Bakri (Johor Darul Ta’zim), Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim), Mahalli Jasuli (Johor Darul Ta’zim), S Chanthuru (ohor Darul Ta’zim), Azammuddin Mohd Akil (Joor Darul Ta’zim), Mohd Amirulhadi Zainal (Johor Darul Ta’zim), Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Johor Darul Ta’zim), Muhammad Fazly Mazlan (Johor Darul Ta’zim), Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (Johor Darul Ta’zim), S Kunanlan (Johor Darul Ta’zim), Mohd Izham Tarmizi Roslan (Johor Darul Ta’zim)

Tags / Kata Kunci: Vingada , pemain bersara

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan