Mbappe Sayang Nak Tinggal Keluarga

Diterbitkan: Rabu, 24 Mei 2017 7:15 AM

Kylian Mbappe. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

CEMERLANG bersama AS Monaco pada musim ini membuatkan penyerang Kylian Mbappe menjadi buruan kelab terkemuka Eropah.

Real Madrid menjadi kelab yang paling dikaitkan dengan dirinya musim depan dan dikatakan sanggup berbelanja besar untuk Mbappe.

Sayangnya, Mbappe telah memberikan alasan dalam memutuskan dirinya kekal di AS Monaco.

Sebelum ini, pemain dari Perancis ini pernah menyatakan mahu bertahan di Monaco kerana dirinya diberikan jaminan bermain penuh.

Mbappe mengaku dirinya enggan berhijrah ke kelab lain kerana bimbang tidak diberi peluang yang banyak untuk turun padang dan bermain.

Selain itu, pemain berusia 18 tahun ini juga menegaskan bahawa dia masih mahu bersama keluarganya dan tidak mahu berpisah dalam waktu dekat.

Alasan inilah yang membuatkan dia memutuskan untuk terus bertahan di kelabnya sekarang.

“Saya hanya mahu banyak bermain. Pada usia saya ini saya perlu mendapat banyak peluang bermain,” kata Mbappe memetik BeIN Sports.

“Pemain tidak dapat bermain dengan baik kerana tidak mendapat banyak peluang bermain. Saya mampu bermain dengan baik musim ini sebab saya sering diturunkan, itu akan menjadi modal saya masa depan.

“Selain itu, faktor bersama keluarga. Kami masih mahu bersama, pasti kami sedih jika perlu berpisah. Jadi, saya sendiri dan keluarga memutuskan, saya tidak akan ke mana-mana. Biar saya yang tentukan pilihan saya sendiri,” tambahnya.

Dengan umur yang masih muda, tidak hairanlah jika Mbappe menjadikan alasan keluarga untuk dia terus bertahan.

Musim 2016/17, Mbappe menjaringkan 26 gol dan 14 assist dalam 44 perlawanannya bersama Monaco.

Mbappe berjaya membawa Monaco menjadi juara Ligue 1 dan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Tags / Kata Kunci: Kylian Mbappe , Real Madrid

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan