"Harap Lepaskan Pemain Muda" - TMJ

Diterbitkan: Rabu, 24 Mei 2017 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap agar semua kelab dan negeri membenarkan pemain muda mereka menyertai latihan intensif pasukan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Jelas beliau, pelepasan itu perlu diberikan kerana ia amat penting bagi skuad muda yang akan membawa nama negara selaku tuan rumah pada temasya kali ini.

"Bagi saya, saya akan melepaskan pemain saya. Jadi saya harap pasukan lain juga akan berbuat demikian.

"Ini kes istimewa kerana kita jadi tuan rumah. Takkan kita nak kena tendang awal-awal. Kita mahu lakukan yang terbaik untuk negara dan harapkan kejayaan," katanya pada sidang media memperkenalkan jurulatih baharu di sini Rabu.

Namun Tunku Ismail tidak mahu mendesak sebaliknya menyerahkan keputusan itu untuk ditentukan pengurusan kelab dan pasukan masing-masing.

"Terpulang kepada pasukan-pasukan. Ini kerana ia melibatkan pemain mereka, jadi kita juga perlu mengormatinya," kata beliau.

Skuad bawah 23 tahun negara yang dikendalikan jurulatih Datuk Ong Kim Swee akan menjalani latihan di China bermula 6 hingga 13 Jun ini di China.

Skuad tersebut juga akan mengharungi tiga aksi persahabatan di negara itu sepanjang tempoh latihan di sana.

Tags / Kata Kunci: FAM , TMJ

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan