Guardiola Cemas, Isteri, Dua Anak Tengok Konsert Ariana Grande - Bola Sepak | mStar

Guardiola Cemas, Isteri, Dua Anak Tengok Konsert Ariana Grande

Diterbitkan: Rabu, 24 Mei 2017 7:52 AM

(Ubah saiz teks)

ISTERI Pep Guardiola dan dua orang anak perempuannya berada di Manchester Arena semasa serangan malam Isnin.

Bagaimanapun mereka bertiga selamat, menurut laporan di Sepanyol.

Menurut El Mundo Deportivo, isteri kepada pengurus Manchester City itu, Cristina Serra dan dua orang anak perempuan, Valentina dan Maria telah menghadiri konsert Ariana Grande.

Laporan itu, yang telah disokong oleh kenyataan berikutnya dari Marca dan Diario Sport, mengesahkan bahawa ketiga-tiga mereka tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi mengalami pengalaman yang traumatik.

Seramai 22 orang, termasuk kanak-kanak, telah disahkan terbunuh dalam serangan itu, manakala 59 lagi cedera.

Bekas jurulatih Barcelona telah menulis tweet berhubung kejadian itu: "Terkejut. Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku malam ini. Takziah saya ucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat."

Turut dilaporkan, konsert itu turut dihadiri 'ramai pemain Manchester City lain serta keluarga mereka', bagaimanapun tidak ada nama yang dinyatakan dan mereka dianggap tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu Manchester United yang akan menentang Ajax pada final Liga Europa di Stockholm, malam Rabu juga telah membatalkan sidang media yang dijadualkan pada Selasa.

Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola , Ariana Grande
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan