Bekas Presiden Barcelona Ditahan - Bola Sepak | mStar

Bekas Presiden Barcelona Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 24 Mei 2017 7:31 AM

Sandro Rosell. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

BEKAS Presiden Barcelona Sandro Rosell ditangkap sebagai sebahagian daripada penyiasatan pengubahan wang haram.

Beberapa yang lain turut ditahan apabila polis menyerbu sembilan pejabat dan beberapa rumah di utara-timur Catalonia.

Penangkapan itu adalah sebahagian daripada siasatan terhadap penjualan hak dari Brazil, menurut sumber polis.

Rosell adalah presiden Barca dari 2010 hingga 2014. Dia meletak jawatan berikutan keputusan mahkamah Sepanyol untuk menyiasat perjanjian yang ditandatangani pemain Brazil, Neymar pada 2013.

Pada Jun 2016, Barcelona membayar denda £4.7 juta berhubung perpindahan pemain berusia 25 tahun itu dari Santos. Kelab ini telah dituduh terlibat dalam penipuan cukai, yang dinafikannya.

Isteri Rosell adalah antara mereka yang turut ditahan pada Selasa.

Akhbar Sepanyol El Confidencial melaporkan tangkapan adalah sebahagian daripada operasi bersama antara polis Sepanyol dan FBI, berkaitan siasatan rasuah dalam Fifa yang diketuai Amerika Syarikat.

Siasatan dakwaan rasuah terhadap badan induk bola sepak itu bermula dua tahun lalu, dan pihak berkuasa Swiss menyerbu sebuah hotel di Zurich di mana perwakilan Fifa menetap untuk persidangan tahunan mereka.

Tujuh orang ditahan dalam serbuan itu, yang telah dijalankan bagi pihak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Tags / Kata Kunci: Sandro Rosell , rasuah
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan