Henry Dedah Sebab Sanchez Bakal Angkat Kaki

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 5:54 PM

(Ubah saiz teks)

SEJAK pertengahan musim ini, bintang Arsenal, Alexis Sanchez dikhabarkan mahu mengangkat kaki dari Emirates dan berhijrah ke kelab lain selepas dia enggan menandatangani kontrak baharu bersama The Gunners.

Juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea dikatakan destinasi utama Sanchez untuk mengembangkan kariernya selepas Arsenal gagal menempah slot ke saingan Liga Juara-Juara pada musim depan ekoran menamatkan saingan di tempat kelima.

Malah legenda Arsenal, Thierry Henry yakin bahawa Sanchez akan berpindah ke kelab lain kerana dia terdesak untuk bermain di kejohanan utama Eropah itu.

Pemain berusia 28 tahun itu antara pemain Arsenal yang paling menyerlah pada musim mengecewakan buat kelab London tersebut selepas menjaringkan 29 gol dalam kesemua kejohanan.

"Saya berharap dia (Sanchez) akan kekal bersama Arsenal tetapi dia mahukan Liga Juara-Juara.

"Saya juga berbicara tentang Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris kerana dia sudah memenangi Piala FA bersama Arsenal.

"Siapa tahu tentang masa depannya? Adakah dia akan sedia berhijrah ke pasukan lain?" kata Henry.

Selain itu, Henry turut mengharapkan Arsenal mampu mengekalkan Sanchez pada musim depan.

"Dia sudah berusia 28 tahun dan usianya semakin meningkat. Saya pasti dia mahu berjaya bersama Arsenal.

"Jika dia merasakan kejayaan itu tidak akan berlaku seperti tahun ini dan tahun depan tidak bermain di Liga Juara-Juara, mungkin tahun berikutnya tetapi tidak pasti lagi sama ada mampu layak ke kejohanan Eropah itu.

"Tunggu sahaja pada musim perpindahan ini, tetapi amat penting untuk mengekalkannya," kata Henry.

Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez , Arsenal

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan