Trofi Lagi Penting - Milner

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

KAPTEN Liverpool, James Milner percaya bahawa aksi Liga Juara-Juara amat penting untuk melonjak pasukannya sebagai lawan yang digeruni tetapi kedudukan empat teratas liga bukan pengukur terakhir.

Milner mengetuai Liverpool menentang Middlesbrough pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris sekali gus mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tempoh lapan tahun.

Di sebalik kejayaan untuk kembali beraksi di pentas Eropah, Milner percaya bahawa Liga Juara-Juara bukan bukti sesuai yang menunjukkan kebangkitan Liverpool, tetapi trofi adalah pengukurnya.

Mengimbas kembali kenangan bersama bekas kelabnya, Manchester City, Milner berkata, dia mengakui kejayaan merangkul Piala FA pada 2011 merupakan pencapaian terbesar untuk mendapatkan trofi pertama selepas lebih 50 tahun.

"Liga Juara-Juara merupakan sebahagian langkah (untuk mendapatkan trofi).

"Tahun lalu, kami hampir merangkul dua trofi tetapi kalah pada dua perlawanan akhir(Piala EFL dan Liga Europa)," katanya.

Kini Milner percaya bahawa rakan sepasukannya perlu menyasarkan trofi bagi membuktikan kemampuan pasukan itu dalam aksi penting ketika menentang kelab besar.

"Saya berharap kami dapat membawa pulang trofi untuk diisi dalam kabinet. Itu adalah langkah seterusnya," kata pemain kelahiran England itu.

Tags / Kata Kunci: James Milner , Liverpool

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan