Mat Salleh Nyanyi Lagu Keramat Kedah

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun final Piala FA 2017 sudah melabuhkan tirai tiga hari lalu, kehangatan Kedah selaku juara masih lagi dirasai dalam kalangan penyokong tegar pasukan Lang Merah itu.

Terbaharu, seorang 'Mat Salleh' yang teruja dengan kemenangan Kedah bertindak menyanyikan lagu keramat pasukan itu 'Biar Jasa Jadi Kenangan'.

Dalam video berdurasi 1:11 minit itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Sidronio Serafim, salah seorang peminat tegar pasukan Kedah menyanyikan lagu itu dengan lancar walaupun terdapat sedikit loghat Inggeris terutamanya ketika menyebut perkataan 'Kedah'.

Difahamkan, Serafim yang berasal dari Brazil turut mempunyai beberapa rakan yang pernah bermain untuk pasukan Hijau Kuning itu seperti Robério, André Luiz dan penyerang sensasi Sandro Mendonça.

Pada masa sama, Serafim berkata dia amat gembira dengan kejayaan Kedah merangkul trofi Piala FA buat kali keempat.

Dia turut mengucapkan syabas kepada skuad bimbingan Mohd Nidzam Adzha Yusoff di atas kemenangan tersebut.

Video yang dimuatnaik Lang Hijau Kuning TV dalam laman YouTube sejak Isnin menjadi tular di media sosial.

Setakat ini, video itu ditonton sebanyak 3,922 kali.

Nyanyian Serafim turut mendapat pujian di ruangan komen video tersebut.

"Nice brader nice," tulis Han Yeoja.

"Mamat ni rajin nyanyi masa duduk sebelah dia final Piala FA 2017 baru-baru  ini," kata Faizal Fan.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Piala FA 2017 , mat salleh

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan