Kedah Raih Laluan Selesa

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 12:52 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Kedah meraih kedudukan selesa untuk melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selepas meraih undian mudah dalam pertandingan bola sepak tertua tanah air.

Berdasarkan undian yang dijalankan di Sri Pentas, Bandar Utama dekat sini, malam ini, skuad Lang Merah yang turut menjuarai edisi 1990, 1993 dan 2007, diundi bersama tiga pasukan lain iaitu Melaka United, UiTM FC serta juara dua kali, Kelantan dalam Kumpulan C.

Juara  empat kali, Pahang turut meraih undian selesa selepas diundi dalam Kumpulan  A bersama T-Team dan pasukan Liga Perdana, PKNP FC namun dijangka menerima tentangan sengit daripada juara tiga kali, Negeri Sembilan yang turut diundi dalam kumpulan sama.

Nasib berbeza terpaksa ditempuh juara 33 kali, Selangor yang diundi dalam kumpulan maut iaitu Kumpulan D bersama juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta'zim, juara 2001 Terengganu dan naib juara 1999 Sarawak.

Dalam pada itu, peluang sama rata untuk empat pasukan dalam Kumpulan B dalam memburu tiket ke suku akhir iaitu Perak, Felda United, PKNS FC dan Kuala Lumpur.

Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia dijadual berlangsung dari 4 Julai sehingga 9 Ogos sebelum disusuli aksi suku akhir yang menggunakan format timbal balik pada 8 dan 9 September serta 15 dan 16 September.

11 pasukan teratas Liga Super dan lima pasukan teratas Liga Perdana selepas berakhirnya 11 perlawanan liga masing-masing, layak beraksi ke saingan Piala Malaysia 2017. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia , Kedah

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan