'Peminat' Ganti Tempat Rooney

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 10:50 AM

Gomes memuat naik gambarnya di Instagramnya bersama Rooney pada tahun 2007.

(Ubah saiz teks)

DULU peminat, kini bersaing.

Pada tahun 2007, ketika berusia enam tahun Angel Gomes merupakan peminat setia penyerang Manchester United Wayne Rooney.

Namun selepas sepuluh selepas itu, segalanya berubah.

Kini Gomes dianggap pesaing baharu Rooney dalam skuad Jose Mourinho.

Pemain termuda dalam skuad United itu dipanggil membuat penampilan sulung pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris bertemu Crystal Palace dengan menggantikan Rooney pada minit-ke-88.


Malah dilaporkan juga Mourinho turut menyenaraikan namanya menjelang aksi akhir Liga Europa bertemu Ajax Khamis ini.

Gomes memuatkan gambarnya bersama Rooney ketika berusia enam tahun di laman Instagramnya dengan kapsyen:''10 yrs later , anything is possible... #Godswill'.

Pemain kelahiran London itu baharu sahaja menerima Anugerah Pemain Remaja Terbaik United minggu lalu.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pengurus yang telah meletakkan saya di bangku simpanan sebelum membenarkan saya bermain, serta kepada semua staf kelab dan yang turut membantu saya untuk berada di sini.

"Saya dari Manchester, Salford dan secara asalnya ia kembali ke tempat asal. Ia sungguh luar biasa," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Angel Gomes , Wayne Rooney , United

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan