Abou Bakr Sedia Gegar Gawang Pulau Pinang

Diterbitkan: Isnin, 22 Mei 2017 9:36 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Penyerang baharu Kelantan, Abou Bakr Al-Mel sedia menggempur gawang Pulau Pinang apabila turun dalam aksi pertama bersama skuad The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Rabu ini.

Abou  Bakr, 24, berkata dia akan menampilkan aksi terbaik pada perlawanan berkenaan bagi memberi keyakinan kepada rakan sepasukan dan penyokong TRW.

“Saya berasa sedikit tekanan menjelang perlawanan berkenaan kerana penyokong dan mungkin sebahagian pemain Kelantan akan membandingkan saya dengan (Mohammed) Ghaddar (bekas penyerang TRW). Namun saya berjanji akan mempamerkan aksi terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita ketika sesi latihan TRW di Stadium Sultan Muhammad IV pada Isnin.

Abou Bakr berkata dia tidak menghadapi masalah semasa latihan, namun masih bergelut untuk berkomunikasi dengan rakan sepasukan.

“Saya sudah seminggu berada di sini dan berdepan masalah untuk berkomunikasi, mujur rakan sepasukan banyak membantu dan memahami keadaan saya ini,” kata pemain dari Lubnan itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menguruskan Sijil Pelepasan Antarabangsa (ITC) pemain itu secepat mungkin supaya Abou Bakr dapat diturunkan pada perlawanan tersebut.

"Hari ini, kami sudah berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk meminta mereka berhubung dengan pihak Persatuan Bola Sepak Lubnan bagi urusan ini.

"Kami sudah meminta pegawai FAM mempercepatkan urusan berkenaan kerana penyokong tidak sabar mahu melihat aksi pertama beliau pada perlawanan terakhir Liga Super sebelum Ramadan," katanya.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan