Nidzam Tak Sangka Rangkul Kejuaraan Piala FA - Bola Sepak | mStar

Nidzam Tak Sangka Rangkul Kejuaraan Piala FA

Diterbitkan: Ahad, 21 Mei 2017 9:02 AM

Mohd Nidzam Adzha menjulang Piala FA 2017 bersama penyokong selepas pasukan Lang Merah menewaskan pasukan Pahang dengan jaringan 3-2 di Stadium Shah Alam. - Bernama

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mohd Nidzam Adzha Yusoff tidak menyangka dapat meraih kejuaraan Piala FA sebagai jurulatih bersama skuad Lang Merah setelah mengecapi kejayaan sama selaku pemain Perak pada 1990 dan Kedah pada 1996.

Beliau yang kini bertindak selaku Pemangku Ketua jurulatih Kedah menyifatkan kejayaan menundukkan Pahang 3-2 pada aksi final Piala FA di Stadium Shah Alam Sabtu malam, adalah hasil kerja keras pemain skuad Lang Merah.

"Saya tak pernah jangka akan meraih kejuaraan Piala FA sebanyak dua kali selaku pemain dan hari ini (Sabtu) selaku jurulatih.

"Alhamdulillah, apa yang kita rancang sebelum perlawanan menjadi walaupun terdapat beberapa kesilapan yang kita lakukan pada babak kedua perlawanan," katanya pada sidang media selepas perlawanan berkenaan.

Dalam pada itu, Muhd Nidzam Adzha mendedahkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berjanji memberi peluang kepadanya untuk terus melatih skuad Lang Merah sehingga penghujung musim ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Piala FA , Nidzam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan