Usmanov Bida 1 Bilion Pound Sterling Beli Arsenal - Bola Sepak | mStar

Usmanov Bida 1 Bilion Pound Sterling Beli Arsenal

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mei 2017 7:12 AM

(Ubah saiz teks)

AHLI perniagaan Rusia, Alisher Usmanov menawarkan bidaan sebanyak 1 bilion pound sterling untuk membeli kelab bola sepak Inggeris, Arsenal.

Usmanov, 63, ketika ini memiliki 30 peratus syer kelab itu menerusi Red & White Holdings dan berusaha untuk menambah kira-kira 67 peratus lagi syer bagi mengatasi pemegang saham majoriti, Stan Kroenke.

Menurut Press Association Sport, bidaan rasmi telah dikemukakan untuk saham Kroenke tetapi usahawan Amerika Syarikat itu dijangka menolak tawaran lumayan itu.

Usmanov menjadi pemegang saham kelab itu sejak 2007 dan meningkatkan syernya dari 14.6 peratus kepada 30 peratus ketika membeli Farhad Moshiri tahun lalu.

Dia tidak sebulu dengan Kroenke dan pada bulan lalu dia mendakwa isu yang melanda Arsenal tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu Pengurus Arsene Wenger.

"Saya tidak fikir jurulatih itu harus dipersalahkan 100 peratus atas apa yang terjadi," katanya.

The Gunners akan berdepan kerugian jutaan pound dari segi pendapatan jika mereka gagal mara ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

Arsenal akan berdepan Everton pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, malam Ahad dan perlu menang untuk kekal dalam kelompok empat pasukan teratas.

Walaupun tawaran Usmanov agak lumayan, Kroenke dilihat enggan melepaskan pegangan sahamnya di Emirates.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Alisher Usmanov
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan