United 'Ikat' Puigmal

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mei 2017 3:32 PM

(Ubah saiz teks)

BELUM pun jendela perpindahan pemain tetapi Manchester United telah memulakan langkah pertama dengan mencapai persetujuan untuk mengikat bintang muda Espanyol, Arnau Puigmal.

Menurut laporan di Sepanyol, United telah memuktamadkan perjanjian untuk membawa Puigmal ke Old Trafford bagi memperkukuhkan skuad itu musim depan.

Puigmal kini beraksi untuk skuad muda Cadete A, Espanyol.

United dilaporkan menawarkan kontrak lumayan kepada pemain muda itu bersama dengan pelan pembangunan untuk membantunya diserapkan ke dalam skuad utama di Old Trafford.

Puigmal berlatih bersama akademi bola sepak Espanyol sejak 2010 selepas berhijrah dari Sant Cugat, barat laut Barcelona di Catalonia.

Pemain berusia 16 tahun itu beraksi di posisi tengah dan dianggap sangat cekap dalam mengawal bola serta dapat melakukan penyudah dengan baik.

Tags / Kata Kunci: Arnau Puigmal , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan