Bukan Kalangan Naib Presiden PAFA

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mei 2017 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sedang mengenal pasti beberapa individu untuk mengisi jawatan pengurus pasukan ''The Bos Gaurus'' yang ditinggalkan Datuk Jamal Md Aris baru-baru ini.

Namun, pengurus baharu itu tidak akan melibatkan pelantikan antara dua Naib Presiden PAFA iaitu Datuk Rashidi Ibrahim dan Datuk G. Irudianathan.

Menurut sumber yang rapat dengan pimpinan PAFA, kedua-dua individu yang dikaitkan dengan jawatan tersebut mempunyai tugas masing-masing dalam persatuan ketika ini.

"Rashidi pada ketika ini bertanggungjawab selaku koordinator bagi skuad Liga Super, manakala Irudianathan pula memegang jawatan sama dalam mengemudi skuad Piala Presiden dan Piala Belia Perak," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar tempatan pada 18 Mei lalu yang menyatakan seorang daripada naib presiden itu bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jamal.

"Kami belum boleh beri bayangan siapa individu yang bakal dilantik. Sebarang pelantikan perlu diperhalusi. Ia tidak boleh diambil mudah kerana yang pasti PAFA mahu ia menjelmakan perubahan positif kepada pasukan dan penyokong," kata sumber itu.

Menurut sumber itu, peletakan jawatan Jamal tidak seharusnya dijadikan polemik memandangkan ia dilakukan secara rela hati selain mendapat tawaran kerja baharu di Kuala Lumpur.

"Situasi itu menyebabkan beliau agak sukar menguruskan hal-hal membabitkan pemain," katanya. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: PAFA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan