Tok Mo Beri Bayangan Juara Piala FA

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Di atas kertas, pasukan Kedah dan Pahang yang bakal membuat perhitungan pada final Piala FA, malam Sabtu ini mempunyai peluang sama rata untuk bergelar juara.

Namun apa yang pasti kemenangan hanya akan berpihak kepada pasukan yang benar-benar konsisten, menonjol dan membuka jaringan awal.

Berdasarkan rekod, Kedah pernah memenangi trofi itu sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1996, 2007 dan 2008 manakala Pahang pula dua kali iaitu pada tahun 2006 dan 2014.

Bagi peminat tegar sukan negara, Mansor Abdul Khoni atau lebih dikenali sebagai Tok Mo, beliau membayangkan skuad Lang Merah bakal menjulang trofi kedua selepas merangkul Piala Sumbangsih pada Januari lalu.

"Insya-Allah Kedah tak ada masalah untuk menang Piala FA 2017. Saya jangkakan mereka akan menang 2-0," katanya kepada mStar Online.

Menurut Tok Mo, kelebihan pastinya berpihak kepada Kedah selepas mengambil kira prestasi semasa anak didik, Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

"Dari segi permainan, Kedah pernah menang dengan Pahang 4-1 di Alor Setar, Februari lalu. Jadi main Piala FA ini, saya rasa Kedah tak ada masalah kerana mereka pasti akan turunkan skuad utamanya," katanya.

Walaupun yakin dengan bayangan itu, Tok Mo turut menasihati pasukan Kedah supaya jangan terlalu ghairah untuk menjaringkan gol.

"Pemain jangan alpa dan benteng pertahanan kena jaga juga. Pemain juga harus elak bermain untuk diri sendiri tetapi perlu bermain secara berpasukan. Jika semuanya okay, peluang bergelar juara pasti terbuka luas," katanya.

Sementara itu, Tok Mo yang juga peminat tegar Kedah memberitahu dia turut tidak mahu terlepas peluang menyaksikan pertembungan yang dianggap penuh dramatik itu.

"Insya-Allah saya akan hadir. Saya memang tak pernah miss perlawanan final membabitkan Kedah sebelum ini," katanya.

Pada Sabtu lalu, Kedah mara ke final dengan agregat 4-0 selepas menewaskan Terengganu 3-0 pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pahang yang dikemudi jurulatih Dollah Salleh pula melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 3-1 selepas menang tipis 2-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Tags / Kata Kunci: Tok Mo , Piala FA 2017

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan