Enam Sebab Liverpool Bakal 'Menangis'

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 4:40 PM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL semakin hampir untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara pada musim depan, tetapi dengan syarat perlu menewaskan Middlesbrough pada perlawanan terakhir mereka.

Jadi kemungkinan apa yang boleh berlaku di Anfield pada hujung minggu ini?

Menurut portal Metro.uk, terdapat enam sebab yang boleh 'memotong' mood penyokong Liverpool yang masih bergembira menamatkan saingan liga di atas Manchester United selain berpeluang besar melayakkan diri ke Liga Juara-Juara selepas kali terakhir beraksi pada musim 2014-2015.

Jelas portal itu, Middlesbrough sudah tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris dan memiliki rekod buruk dalam perlawanan di tempat lawan sejak Disember lalu iaitu sembilan kekalahan dan dua seri.

Malah Arsenal juga mahu mengerahkan segala kudrat untuk menang ke atas Everton sambil mengharapkan kekalahan anak buah Jurgen Klopp, sekali gus merampas kedudukan keempat liga.

Berikut adalah enam sebab Liverpool dikecewakan di saat-saat akhir:

1. Liverpool Suka Seri

Berdasarkan rekod, Liverpool mencatat keputusan seri sebanyak 10 kali pada musim ini dan paling baharu ketika menentang Southampthon dan Bournemouth.

Bagaimanapun, The Reds gagal merampas gelaran 'Raja Seri' yang dipegang oleh Manchester United iaitu sebanyak 15 kali pada musim ini.

2. Rekod pertemuan dengan Middlesbrough

Kali terakhir pertemuan dua kelab itu di Anfield adalah pada September 2014 ketika aksi Liga EFL. Perlawanan itu berkesudahan 2-2 sebelum Liverpool menang 14-13 menerusi sepakan penalti.

3. Badi Hari Terakhir

Sepanjang rekod tujuh musim lepas, Liverpool hanya mencatat dua kemenangan pada perlawanan terakhir liga manakala kalah tiga kali dan seri dua kali.

Paling memalukan adalah ketika tewas 1-6 kepada Stoke City dua musim lalu dan tahun lepas, Liverpool sekadar seri 1-1 dengan West Brom.

4. Tekanan 'Akhir'

Setakat ini di bawah Klopp, anak buahnya dilihat gagal mencapai keputusan yang baik pada waktu-waktu getir. Musim lepas, mereka kalah perlawanan akhir Piala EPL kepada Manchester City dan tewas Liga Europa kepada Sevilla.

Kini sekali lagi mereka berdepan tekanan tinggi untuk menang perlawanan 'akhir' sekiranya Arsenal menewaskan Everton.

5. Dramatik Hujung Musim

Middlesbrough dilihat mahu keputusan yang dramatik. Mereka mempunyai rekod pertahanan yang terbaik dalam kalangan 10 pasukan terbawah.

6. Kerana Arsenal dan Empat Adalah Bersaudara

Sejak Arsene Wenger mengendalikan The Gunners, Arsenal tidak pernah gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara. Mereka sentiasa berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Arsenal , Middlesbrough

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan