Pemain 'Dive' Akan Digantung

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Liga Perdana Inggeris (EPL) yang gemar dive atau sengaja pura-pura terjatuh akan dikenakan hukuman penggantungan bermula musim depan di bawah undang-undang baharu Persatuan Bola Sepak England (FA).

Di bawah undang-undang itu yang diluluskan badan pentadbir bola sepak negara tersebut, sebuah panel akan mengkaji semula rakaman setiap Isnin bagi mencari kes simulasi.

Mana-mana pemain yang didapati bersalah kerana sengaja menjatuhkan diri akan digantung perlawanan.

FA juga mengumumkan bahawa badan induk itu meluluskan pembaharuan yang dicadangkan pada Mac lalu itu selepas menerima kritikan mengenai cara ia dikendalikan.

FA mentakrifkan kesalahan baharu itu di mana pemain akan dihukum kerana berjaya menipu pegawai perlawanan.

Hanya insiden yang menyebabkan pemain memenangi penalti atau membawa kepada pemain lawan dibuang padang sama ada melalui kad merah atau kad kuning akan dihukum.

FA berkata mereka akan bertindak jika terdapat bukti jelas dan kukuh menunjukkan seorang pegawai perlawanan ditipu oleh perbuatan simulasi sehingga menyebabkan pasukan pemain yang bersalah dianugerahkan sepakan penalti dan pemain lawan dibuang padang.

Panel bagi mengkaji semula rakaman itu terdiri daripada seorang bekas pegawai perlawanan, seorang bekas pengurus dan seorang bekas pemain.

Hukuman penggantungan seperti itu turut digunapakai di Scotland sejak 2011.

Tags / Kata Kunci: EPL , FA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan