Kane Idam Kasut Emas EPL

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 7:11 AM

(Ubah saiz teks)

HARRY Kane mengakui dia sedang memburu kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menjaringkan empat gol apabila Tottenham Hotspur menundukkan Leicester 6-1, awal pagi Jumaat.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino menyifatkan penyerang berusia 23 tahun itu sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia selepas menjaringkan 26 gol setakat ini.

Kane kini mendahului pemain Everton, Romelu Lukaku dengan kelebihan dua gol sebelum perlawanan terakhir bagi musim ini pada Ahad.

Son Heung-min turut meledak dua gol untuk Spurs sekali gus menenggelamkan malam The Foxes meskipun pasukan tuan rumah memperolehi satu gol menerusi Ben Chilwell pada babak kedua.

"Saya sentiasa berfikir mengenai cara untuk menjaringkan lebih banyak gol minggu ini.

"Ia kali pertama saya menjaringkan empat gol dan saya amat gembira kerana berjaya melakukannya.

"Saya mahu mendapatkan sekurang-kurangnya satu atau dua gol dan meneruskan aksi konsisten ini pada perlawanan terakhir."Saya perlu mempersiapkan diri menentang Hull City pada Ahad dan menjaringkan lebih banyak gol," kata Kane.

Kane menjaringkan 25 gol untuk meraih kasut emas pada musim lalu dan kini dalam misi untuk mempertahankan gelaran bagi kategori tersebut.

Pada masa sama, Pochettino turut memuji prestasi Kane yang disifatkan menakjubkan pada musim ini.

"Secara adilnya ketika dia cedera, pemain lain menjaringkan gol, seperti Son atau Dele Alli atau Christian Eriksen. Namun Kane merupakan penyerang utama kami dan salah seorang pemain terbaik di dunia.

"Dia ada lagi peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol ketika menentang Hull. Saya harap dia boleh memenanginya," kata Pochettino.

Tags / Kata Kunci: Harry Kane , Tottenham Hotspur

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan