Tan Cheng Hoe Kini Keluarga JDT?

Diterbitkan: Khamis, 18 Mei 2017 11:28 AM

Cheng Hoe bergambar bersama pasukan JDT.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Belum pun reda isu status kontrak bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe sebagai pembantu jurulatih Harimau Malaya, kini timbul pula dakwaan beliau akan menyertai skuad Johor Darul Ta'zim (JDT).

Khabar angin Cheng Hoe bakal mengendali skuad Harimau Selatan itu mula bertiup kencang sejak beberapa hari lalu selepas beliau mengesahkan kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum dimuktamadkan.

Namun, kehadiran Cheng Hoe di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin ketika pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Ceres Negros FC dari Filipina pada aksi pertama separuh akhir Zon Asia Tenggara Piala AFC, malam Rabu sekali lagi mengundang seribu satu persoalan.

Lebih mengejutkan, beliau bukan sahaja hadir sebagai penonton untuk menyaksikan perlawanan itu tetapi turut bergambar bersama pasukan JDT.

Kelibat Cheng Hoe dan Ghaddar di Stadium Larkin, malam Rabu.

Malah, gambar Cheng Hoe bersama pasukan JDT turut dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers dengan posting 'Keluarga JDT'.Turut kelihatan dalam gambar itu pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden FAM dan ayam tambatan Kelantan, Mohammed Ghaddar.

Menerusi posting beserta di laman Facebook itu, Tunku Ismail dikatakan meluangkan masa bersama para pemain, barisan kejurulatihan dan staf JDT selepas tamat perlawanan menentang Ceres Negros FC, malam Rabu.

Tunku Ismail turut memberitahu mengenai kehadiran pemain polo profesional Johor Ellerstina Polo Club (Handicap 10), Polito Pieres yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Cheng Hoe mengenai gambar tersebut setakat ini masih belum berjaya kerana panggilan tidak berjawab. Namun menerusi ruang komen, netizen tertanya-tanya mengenai kehadiran Cheng Hoe di JDT.

"Hi Mr Tan Cheng Hoe, sampai selatan bincang kontrak assistant national coach noh...," sindir Izo Hakim. Malah, ada di antara netizen yang mendakwa JDT sengaja menggunakan cara halus untuk membawa Cheng Hoe bersama pasukan Harimau Selatan itu.

"Sikit-sikit tunjuk, awal nak beritahu terang-terang tak berani... buat secara halus gini la. Tup... tup dah jadi family... kahkahkah... kena game oii," tulis Muhammad Qhadri Abdul Halim.

Tags / Kata Kunci: JDT , Tan Cheng Hoe

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan