Mourinho, Jangan Mengeluh Boleh Tak?

Diterbitkan: Khamis, 18 Mei 2017 8:49 AM

Peter Bosz

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United akan berdepan Ajax Amsterdam di final Liga Europa 24 Mei ini.

Berdasarkan rekod, ini adalah kali keempat United bertemu Ajax di Liga Europa.

Menjelang perlawanan, jurulatih Ajax, Peter Bosz, sempat menyindir Jose Mourinho.

Dia meminta pengurus United itu supaya tidak banyak mengeluh mengenai jadual perlawanan melibatkan United menjelang perlawanan final.

Mourinho sebelum ini memang sering merungut tentang jadual perlawanan yang dilihat tidak menguntungkan anak buahnya  dalam di Liga Perdana Inggeris.

Selain Liga Perdana, mereka juga harus bersaing di Liga Europa dan Piala EFL.

Jurulatih dari Portugal ini berkata, sepanjang kariernya, dia hanya beberapa kali berdepan jadual padat. Sebab itulah dia mampu membawa pasukannya layak beraksi di pentas final dalam sesebuah kejohanan yang disertainya.

Mourinho berkata Ajax mempunyai 10 hari waktu rehat sebelum final Liga Europa berbanding United yang cuma ada tiga hari sebelum perlawanan akhir di Stockholm.

"Jika pemain itu diturunkan pada pertandingan Eropah, jangan turunkan mereka dalam perlawanan Liga Perdana.

"Mereka memiliki banyak waktu rehat dan persiapan yang hampir sama dengan pemain, lihat jumlah pemain yang dia ada untuk dirombak," katanya sambil menambah Mourinho juga tidak mempunyai hak untuk mengeluh tentang jadual.

Sementara itu, Bosz menilai pasukannya tidak mendapat sebarang manfaat dengan jadual itu kerana mengakui United memiliki skuad yang cukup lengkap.

"Cuma, jika saya hanya melihat susunan pemain dan format sepanjang musim, dia menggunakan hampir dua pasukan yang berbeza, satu pasukan untuk Liga Europa dan satu lagi untuk Liga Perdana," kata Bosz kepada lama rasmi Ajax.

Dalam final Liga Europa, United disebut sebagai pasukan kegemaran.

Bagaimanapun Bosz berkata Ajax tidak gentar dengan mana-mana pasukan.

Tags / Kata Kunci: Jose MOurinho , Peter Bosz

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan