United Nombor 6!

Diterbitkan: Khamis, 18 Mei 2017 7:12 AM

Jose Mourinho ketika melihat skuad bimbingannya beraksi menentang Southampton. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PERJALANAN Manchester United ke Stadium St. Mary untuk menghadapi tuan rumah Southampton, awal pagi Khamis, berakhir dengan keputusan seri 0-0.

United nyaris pulang tanpa mata, apabila Manolo Gabbiadini diberikan sepakan penalti pada minit keenam tetapi berjaya diselamatkan penjaga gawang Sergio Romero.

Pada babak pertama United menekan barisan pertahanan Southampton, tetapi barisan belakang The Saints begitu rapat membuatkan tiada gol yang bolos.

Pada babak kedua, kedua-dua pasukan mendapat beberapa peluang, tetapi sayangnya tiada jaringan dapat dilihat sehingga tamat perlawanan.

Dengan baki satu perlawanan Liga Perdana Inggeris, pasukan Jose Mourinho sah menamatkan musim di kedudukan keenam.

United, pada musim depan akan bersaing dalam Liga Europa. United kini mengumpul 66 mata dari 37 perlawanan.

Walaupun dalam perlawanan terakhir nanti mereka mampu menang dan menambah tiga mata, kedudukan United tidak akan berubah.

Ini kerana Arsenal, yang berada di posisi kelima juga dengan satu baki perlawanan, mengumpul 72 mata, mustahil mampu dipintas United.

Everton yang berada di tempat  ketujuh pula, hanya mengumpul 61 mata.

Southampton pula di posisi kelapan dengan 46 mata.


Tags / Kata Kunci: EPL , Manchester United , Southampton

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan