Hampir Milik Real Madrid - Bola Sepak | mStar

Hampir Milik Real Madrid

Diterbitkan: Khamis, 18 Mei 2017 7:50 AM

Cristiano Ronaldo menerima ucapan tahniah daripada sebahagian rakan sepasukannya selepas berjaya menyumbangkan dua gol dalam perlawanan menentang Celta Vigo. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid semakin menghampiri gelaran juara La Liga musim ini selepas menang 4-1 ke atas Celta Vigo.

Tiga mata dari perlawanan itu sekali gus menyaksikan Real merampas takhta Barcelona yang sebelum ini berada di puncak liga.

Pertandingan menentang Celta di Stadium de Balaidos, awal pagi Khamis, merupakan perlawanan tertangguh daripada perlawanan yang sepatutnya berlangsung Februari lalu.

Dan Real nyata menggunakan peluang ini dalam usaha mereka mempimpin puncak.

Tampil menekan sejak awal perlawanan, mereka sudah membuka keunggulan seawal minit ke-10 menerusi tendangan Cristiano Ronaldo.

Di awal babak kedua, Ronaldo mencatat gol kedua untuk menjarakkan kedudukan. Walaupun Celta mampu menjaringkan gol menerusi John Guidetti, Real berjaya menjarakkan jurang melalui gol Karim Benzema dan Toni Kroos.

Dengan kemenangan ini, Real kini kukuh di puncak dengan 90 mata dari 37 perlawanan, lebih tiga mata dari Barca.

Ini bermakna Real cuma perlukan keputusan seri dalam perlawanan terakhir mereka menentang Malaga, untuk memastikan gelaran juara.

Barca pula akan berdepan Eibar di Camp Nou.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , La Liga , Cristiano Ronaldo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan