Ghaddar Akui Bertuah

Diterbitkan: Khamis, 18 Mei 2017 7:57 PM

Ghaddar (kiri) bersama ketua jurulatih, Benjamin Mora. Foto kredit: Johor Southern Tigers

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Penyerang import, Mohammed Ghaddar secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain baharu Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menandatangani kontrak menyertai skuad Harimau Selatan itu pada Khamis.

Pemain berasal dari Lebanon yang berusia 33 tahun itu yang menandatangani kontrak setahun setengah bersama JDT, turut meluahkan rasa gembira dan bebanan yang akan ditanggungnya selepas memilih menyertai mereka pada pusingan kedua Liga Super 2017.

"Saya gembira dan pada pendapat saya tiada satu pun pemain di Malaysia yang tidak mahu bermain untuk JDT dan saya bertuah berpeluang menyertai sebuah pasukan yang kuat.

“Namun saya mempunyai tanggungjawab besar bersama JDT dan berharap dapat meningkatkan lagi nama pasukan ini kerana kami mempunyai matlamat yang sama iaitu memenangi kejuaraan," katanya dalam sidang media di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Turut hadir, Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards dan ketua jurulatih, Benjamin Mora. 

Bekas pemain Kelantan itu juga berkata mahu membantu JDT menjaringkan lebih banyak gol, selain berjanji untuk memastikan pasukan meraih kemenangan dalam setiap perlawanan.

"Saya seorang pemain profesional. Jadi saya perlu buktikan kepada diri saya dan penyokong, sekali gus menyesuaikan diri dengan semua yang ada di sini. Saya tidak fikir ia sesuatu yang sukar.

"Tiada perbezaan besar ketika saya bermain di Kelantan dan kini bersama JDT. Apa yang penting adalah memberikan apa yang jurulatih mahu daripada saya," jelasnya yang dijangka diturunkan untuk menentang PKNS FC di gelanggang lawan pada 24 Mei ini.

Dia juga percaya semuanya berada dalam keadaan yang baik di bawah pengurusan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan mahu membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Ghaddar juga bersedia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan taktikal permainan yang diterapkan oleh Mora.

"JDT adalah keluarga baharu saya. Jadi saya perlu menyesuaikan diri untuk berada dalam keluarga ini dan ahli keluarga yang lain dapat menerima kehadiran saya sebagai seorang daripada mereka,” katanya.

 Ghaddar akan menyarung jersi nombor 22, yang mana sebelum ini digunakan oleh Gabriel Guerra manakala Guerra pula akan memakai jersi nombor 10 yang sebelum ini dipakai Brian Ferreira. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Mohammed Ghaddar , JDT

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan