Ronaldo Sediakan Pengganti Dirinya

Diterbitkan: Rabu, 17 Mei 2017 7:52 AM

Cristiano Ronaldo. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid dilaporkan ingin membuat beberapa perubahan terhadap skuad mereka dan Cristiano Ronaldo telah menamakan seorang pemain kepada bos kelab tersebut.

Bintang dari Portugal itu dilihat menjadi salah seorang individu yang paling berpengaruh di Santiago Bernabeu dan dikatakan mampu mempengaruhi urusan pengambilan dan perpindahan pemain.

Menurut media Sepanyol, Diario Gol, Ronaldo percaya Real bakal menandatangani pemain yang berasal dari negara sama dengannya iaitu penyerang, FC Porto, Andre Silva.

Pemain berusia 21 tahun itu telah menjaringkan 21 gol dan mencatatkan lapan assist musim ini.

Laporan tersebut mendakwa bahawa Ronaldo telah mencadangkan kepada bos kelab untuk pemain ini dibawa masuk ke dalam skuad.

Silva pertama kali bermain untuk Portugal ketika mereka menang di Euro 2016 dan sudah menjaringkan lima gol dalam enam penampilan.

Ronaldo percaya Silva akan menjadi pilihan pemain yang lebih murah untuk Real berbanding Paulo Dybala dan Kylian Mbappe yang kini dikaitkan untuk menyarung jersi Real.

Difahamkan, presiden kelab Florentino Perez sangat berminat untuk mengambil Dybala dan Mbappe dalam jendela perpindahan tidak lama lagi.

Sementara itu, pemain Sepanyol Alvaro Morata disebut-sebut bakal menjadi penyerang utama kelab selepas berakhirnya era Ronaldo.

Ronaldo akan berusia 35 tahun dan kapten Sergio Ramos berusia 34 tahun pada tahun 2020, di mana pada waktu itu kemungkinan besar kedua-dua mereka sudah bersara.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Andre Silva

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan