Jaga-Jaga Yob!

Diterbitkan: Rabu, 17 Mei 2017 4:12 PM

PEMAIN Perak Vladislav Mitkov Mirchev (kiri) meraikan jaringan gol kemenangan Perak pada pertemuan dengan JDT pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak pada 18 Februari 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan mengambil tindakan drastik termasuk menggugur pemain dan staf pengurusan yang tidak menunjukkan komitmen dalam mengharungi baki aksi Liga Super musim ini.

Presiden PAFA Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata prestasi mereka akan dinilai terutama dalam perlawanan membabitkan The Bos Gaurus dan Sarawak di Stadium Ipoh pada Rabu ini.

Beliau berkata langkah itu diharap akan menjelmakan kemenangan sekali gus menjadi pemangkin dalam memperbaiki kedudukan Perak yang menghuni tangga kelima Liga Super ketika ini.

"Kita nak lihat mereka lakukan perubahan demi membawa Perak kembali menjadi antara pasukan disegani dan mampu mencabar kejuaraan liga pada edisi kali ini.

"Kita masih bagi mereka peluang dan diharap kepercayaan itu dijelmakan sebagai kemenangan dalam aksi menentang Sarawak di Ipoh," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai kritikan peminat dan pandangan termasuk daripada bekas pengurus pasukan Perak di era 90-an, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mahukan PAFA membuat rombakan terhadap skuad Perak berikutan prestasi merosot yang ditampilkan dalam aksi Liga Super dan Piala FA musim ini.

Abdul Puhat berkata penyediaan skuad yang lebih mantap dan berkredibiliti juga diyakni mampu meraih kembali sokongan puluhan ribu penyokong setia The Bos Gaurus atau Sang Seladang.

Mengenai kemungkinan Perak menukar pemain import sedia ada, beliau berkata segala kemungkinan boleh berlaku namun keputusan akhir bergantung kepada penilaian prestasi mereka.

Tags / Kata Kunci: Perak , Bos Gaurus

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan